Tanyalah pada dirimu…
Jika Allah kita pinggirkan siapa lagi yang akan memberikan harapan dan kesempatan?
Allah sahaja tempat kita bergantung harapan. Jangan putus harapan teruskan walau kita berada dalam kesusahan kerana kita ada Allah yang senantiasa memberi harapan
Jika kita semakin jauh dengan Allah siapa lagi yang akan kita cari sebagai teman?
Allah tidak pernah jauh dengan kita. Allah sentiasa ada dengan kita. Allah senantiasa memerhati hambanya walau tidak kita pinta tetapi DIA sentiasa Allah
Jika solat kita sudah tinggalkan bermakna kita semakin jauh dari Tuhan
Bagaimana kita hendak minta belas dan kasihan andainya kita menjauh dari rahmat Tuhan
Jika hati kita sudah mati dari mengingati mati bagaimana kita hendak melakukan persiapan selepas kematian?
Mati itu syarat bertemu Tuhan. Persiapan semasa hidup perlu berakhir dengan kebahagiaan di syurga. Dunia itu tempat kita berpenat dan akhirat itu tempat kita berehat
Jika sudah melakukan kebaikan tinggalkanlah daripada melakukan keburukan
Hidup ini memerlukan orang yang baik dan sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.
Jika sukar memberi jangan selalu meminta pada orang lain
Pintalah pada Allah dengan banyak memberi. Sesungguhnnya Allah itu maha pengasih dan penyayang.
No comments:
Post a Comment