Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts
Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts

Saturday, April 2, 2016

Goresan Penaku




Sungguh bijak dan penuh kasih 
Engkau mendengarkan semua keluhanku
Walau hati nuraniku sering menjerit
Walau batinku menangis dalam menjalani kepahitan

Tapi Engkau selalu memberi kekuatan baru 
Saat ini usiaku tak muda lagi dan belum juga dikatakan tua
Namun pengalaman batinku sudah tak
terhitung lagi
Perjalanan yang panjang dan penuh
penderitaan 

Telah membuat hatiku mudah rapuh
Aku selalu berusaha untuk bangkit
Namun hasilnya belum begitu memuaskan 

Ya Allah.......
Ungkapan perasaan ini benar benar keluar dari lubuk hatiku yang terdalam

Engkau maha mengetahui baik yang tersirat mahupun yang tersurat
Dalam goresan penaku ini 

Berilah aku secangkir air murni pengubat dan penyejuk kalbu 
dan jiwa ini yang mampu meresap sampai kedasar sanubari 

Saturday, May 9, 2015

Aku Pendosa





Kenapa masih payah dan susah
 Susah benar untuk mengubah
Masihkah aku menyalahkan syaitan?
Atau diriku yang  menolak janji Tuhan?
 Ah, aku penat dengan semua ini!
Benar  dan jujur dari hati
Aku ingin berubah
Aku ingin melangkah
 Tapi ada sahaja alasan yang meningkah!

Itu dosa!
 Aku tahu
Tapi aku tega melakukannya
Aku membenarkannya
Mengisi hati-hatiku
Kenapa masih susah untuk berubah

Hatiku sudah rosak?
 Ya Allah jika hati yang lama ini sudah mati
 Engkau sudikanlah menggantikannya dengan yang baru dan suci
Aku tidak bisa menahan beban yang terpikul ini
Aku khuatir aku akan jatuh tersungkur
Bahkan terkubur…

 Nafsu yang bisa
 Melemahkan saraf jiwa
 Hancur dibadai rangsang
 Makin longlai melayar rasa yang mencincang
Sombongnya aku pada MU Tuhan
Ku biarkan mantera lain yang berbicara
 Bukan dari kalam mu yang penuh bahagia

Aku makin menjauh terus menjauh Ingkar dan angkuh!
Entah bila hatiku mahu luluh
Luluh pada jasadku yang akan dimamah usia

Sukar tapi aku perlu menukar
 Payah tapi aku mesti beralah
Getir tapi aku harus pandai mentadbir
 Biar lambat asalkan aku melangkah
 Dari kaku mati dalam tingkah!

 Aku ingin berubah  Ke jalanMU Allah
Aku tidak mahu dipandang indah pada zahir
Tapi batin penuh racun yang mengalir
 Yang bisa merosakkan iman dan taqwaku pada MU


Saturday, March 8, 2014

Tanyalah pada dirimu

Tanyalah pada dirimu…

Jika Allah kita pinggirkan siapa lagi yang akan memberikan harapan dan kesempatan?

Allah sahaja tempat kita bergantung harapan. Jangan putus harapan teruskan walau kita berada dalam kesusahan kerana kita ada Allah yang senantiasa memberi harapan

Jika kita semakin jauh dengan Allah siapa lagi yang akan kita cari sebagai teman?

Allah tidak pernah jauh dengan kita. Allah sentiasa ada dengan kita. Allah senantiasa memerhati hambanya walau tidak kita pinta tetapi DIA  sentiasa Allah

Jika solat kita sudah tinggalkan bermakna kita semakin jauh dari Tuhan
Bagaimana kita hendak minta belas dan kasihan andainya kita menjauh dari rahmat Tuhan

Jika hati kita sudah mati dari mengingati mati bagaimana kita hendak melakukan persiapan selepas kematian?

Mati itu syarat bertemu Tuhan. Persiapan semasa hidup perlu berakhir dengan kebahagiaan di syurga. Dunia itu tempat kita berpenat dan akhirat itu tempat kita berehat

Jika sudah melakukan kebaikan tinggalkanlah daripada melakukan keburukan
Hidup ini memerlukan orang yang baik dan sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.

Jika  sukar memberi jangan selalu meminta pada orang lain

Pintalah pada Allah dengan banyak memberi. Sesungguhnnya Allah itu maha pengasih dan penyayang.

Sunday, December 29, 2013

Pergi .

Assalamualaikum :) semoga Allah pelihara kita berbekalkan iman senipis kulit bawang yang kita ada . mood belum mau tido . Allahu . semenjak dua menjak ni banyak pulak aku dengar pasal orang meninggal dunia . allahu. ini petanda untuk aku juga mungkin . :) bila cerita pasal ni , mengingatkan aku kat arwah tok wan . aku rindu dia Ya Rabb . rindu sangat . mungkin sebab most of my child time aku dibesarkan oleh arwah tok wan dan arwah opah . sebab , masa tu mak duk belajar lagi . sebab tu dia terpaksa tinggalkan aku dengan abang kat arwah tok wan dan arwah opah .

tok wan . terbayang-bayang muka dia . arwah opah pon. rindu sesangat . tak tau kenapa. mungkin sebab terbukak dan tertengok album gambar lama - lama tadi . diorang besarkan aku dengan abang dengan penuh kasih sayang . cuma aku lebih sikit kot  sebab aku duduk kampung sampai umur tujuh tahun . abang sampai umur 6 tahun je. arwah opah dan tok wan dari dulu nakkan yang terbaik untuk aku . ajar aku ilmu agama . ajar aku macam-macam . even nak sangat hantar aku kat sekolah agama atau tahfiz. hmm , sampai sekarang tak tercapai . opah garang tu memang la garang . tapi apa yang dia marah tu bersebab . dia nakkan yang terbaik . dia sayangkan aku. cuma aku ni je. teruk . sampai sekarang selalu lupa apa yang dia pesan . opah tegas. even dengan anak-anak dia pon dia sangat tegas. dengan aku kurang sikit. sayang mungkin . Allahu rindu. satu benda yang aku cukup respect kat arwah opah, dia yang tua-tua tu pon mampu mengaji Al-Quran tiap-tiap hari 10 muka. aku yang diberikan Allah badan yang sihat ni pon tak gunakan nikmat tu untuk buat macam tu. jahil diri ini Ya Allah. benda yang paling aku ingat . masa aku lima tahun dan aku masih menyusu botol masa tu. haha . masa tu susu dah habis. aku dengan muka manja tanya kat arwah opah . "opah. opah larat tak ? jom pegi bandar beli susu . hehe"

langit tak selalu cerah bro sista . kenangan tinggal kenangan . tanggal 6hb 10 2008. arwah opah meninggal dunia. Allahu. sedih yang amat.masa tu kat kelantan. bulan puasa. hari jumaat. dengan masa tu kelantan tengah banjir. kamikaze jugak kami sekeluarga balik. bukak puasa dalam keta. tersangkut jugak dalam banjir tapi tak lama. Alhamdulillah. sampai je kat kampung. terus lari . tengok sekujur badan dah tak bernyawa. Allahu. nak bersedih pon bercampur baur tengok muka arwah opah masa tu. mayat berpeluh dan muka seakan-akan tersenyum. semoga mendapat kesudahan yang baik opah .insyaAllah :)

tok wan. sebut nama Haji Yusop kat area sini sape tak kenal. bukan nak bangga tapi nak kongsi cerita . jauh sekali nak bangga . tok wan ni orangnya agak berpengaruh kat kampung . Imam masjid kampung dan pemimpin. nak jadi macam dia nanti . tapi nanti tu taktau bila. mungkin esok aku dah tak lihat dunia . arwah tokwan ni popular orang dia. sebab ade nak sembelih lembu ke kambing ke kerbau ke unta ke orang akan cari dia. pernah satu hari dia cakap dia nak pegi menyembelih petang tu. aku dengan semangat pakai baju nak ikut. tanya dia tokwan sembelih lembu kat mana ? dengan selamba dia jawab kat tengkuk. allahu. tinggal kenangan . sampai sekarang duk terngiang-ngiang suara dia jadi imam solat , takbir raya , baca khutbah . satu benda yang aku tak pernah tengok . tengok tok wan menangis. allahu. satu hari dapat jugak aku tengok arwah menitis air mata. masa bila ? masa dia baca talkin untuk arwah opah. tengah dia baca talkin. tiba2 senyap dan tersekat-sekat. semua jadi sebak. menghadap kubur isteri tercinta. baca talkin untuk isteri tersayang. dugaan yang tok wan dapat hebat . tahun 2009. tokwan mula sakit-sakit. kebetulan masa tu kami pindah ke perak. mak abah suruh aku n abang duduk kat kampung teman mak sedara jaga arwah tok wan. masa tulah aku nak balas balik semua jasa arwah tokwan.

tok wan diserang penyakit stroke. stroke setengah badan . memang terlantar je. semua kena uruskan. satu benda yang aku paling respect . sakit teruk macam tu pon dia selalu tanya pasal waktu solat. dia tetap tak tinggal solat walaupun masa tu dia sakit. dia selalu mintak untuk pergi solat jumaat. alhamdulillah dipermudahkan segala urusan . dapat bawak dia solat jumaat . dia selalu suruh aku dengan abang dan anak-anak dia yang lain pergi jemaah kat surau. ganti tempat dia. Allahu.

penyakit stroke tok wan semakin teruk dari semasa ke semasa. keluar masuk hospital. dia ditahan kat hospital dua bulan. dalam masa tu kami berganti2 jaga dia kat sana. dari sanalah aku dapat perhatikan gelagat manusia di hospital. dari situ jugak aku start minat nak jadi doktor. mulia kerja dia . hari ke hari aku kat hospital , boleh dikatakan setiap hari purata 2 orang akan menghadap ilahi kat wad tu . aku dah jadi macam terbiasa . Allahu. sedih tengok arwah tok wan. wayar , tiub bersambung-sambung dicucuk kat badan dia. dia koma. minum guna tiub. yang boleh minum cuma susu. minum dalam keadaan koma. kita yang kena sediakan semua. benda yang paling common untuk orang yang koma ialah back pain . dia punya luka. nauzubillah. benda ni terjadi sebab patient tak bergerak. baring je. jadi luka kat belakang.  satu hari. tokwan terjaga dari koma. itu pon separuh sedar.haritu hari raya aidil adha. aku bisik kat telinga dia. tokwan hari ni hari raya haji. aku tengok mata dia berair.tengok mulut dia terkumat-kamit. aku dekatkan telinga dekat mulut dia.rupa-rupa arwah bertakbir raya. Allahu. hati mana tak sebak bila tengok macam tu. dalam keadaan macam tu dia tetap tak lupa pencipta dia. aku ni yang sihat , selalu lupa DIA. allahu. ampunkan aku.

lepas dua hari berturut-turut jaga dia kat hospital, haritu aku cakap aku nak rehat kat rumah. so mak dengan adik bongsu jaga arwah kat hospital. esok pagi mak called cakap tokwan nazak . Allahu. sedih . kebetulan masa tu ramai anak tokwan ada kat kampung. kami pon pegi hospital. dalam perjalanan mak called cakap suruh patah balik kemas rumah. Allah . dalam hati aku, aku dah tahu apa yang jadi. aku cakap kat pak ndak suruh pegi hospital jugak. sampai-sampai kat wad. aku tengok katil tokwan . nurse dah tutup langsir kat situ. nak rebah aku kat situ . lemah . aku perlahan-lahan selak langsir tu. allahu. sekujur badan lemah tak bernyawa. lepas uruskan semua , aku cakap aku yang akan ikut van jenazah bawah tokwan balik rumah. menyesal sebab tak teman arwah malam tadi. perjalanan dari hospital ke kampung dalam 45 minit. sampai kat kampung aku tengok orang dah ramai. ramai sangat. angkat jenazah masuk rumah. Allahu. sempat baca yassin untuk dia. aku mandikan jenazah , kafankan jenazah ,solat jenazah,  angkat jenazah ke dalam liang lahad. masa ni lah aku nak balas semua jasa dia. niat kat hati memang nak imamkan solat jenazah. tapi aku tengok ramai kawan tokwan , ulama'-ulama' . mereka lebih layak. semua urusan pengebumian berjalan lancar. sudah rezeki arwah. kawasan kubur masa tu dah penuh. bila diperiksa balik. ada satu je tempat yang boleh dikebumikan. kuasa Allah , rezeki arwah. kubur tu betul2 sebelah kubur arwah opah. Allahu.

aku cerita ni sebab aku rindu dua insan hebat ini. rindu. nak sangat jumpa depa. mana tahu lepas aku tulis ni , Allah kabulkan. aku dapat jumpa tokwan dan opah. kita tak boleh jamin kita akan hidup lagi seminit selepas ni. aku mintak maaf atas semua kesalahan aku. banyak salah aku kat manusia dan pencipta aku. aku nak kesudahan yang baik macam arwah tokwan n arwah opah. rindu bertemu pencipta aku. roh aku rindu jumpa pencipta.

*teringat pesan tok wan . kita macam mana pon . solat jangan tinggal. kuasa Allah kita tak boleh duga
Al-Fatihah untuk Haji Yusop Bin Shaari dan Hajjah Radziah Binti Lamri . tunggu mil datang sana tokwan opah.

salam kenangan Mohamad Syamil Fitri Bin Mohamad Yusof :)

Saturday, November 9, 2013

Rindu beb !

 Assalamualaikum . it has been more than a month since my last post . looks like i am not into blogging things nowadays. ah persetankan bahasa penjajah ni. antara sebab aku dah lama tak bermonolog kat blog kelam ni disebabkan diri ini agak busy kedepanan ini . dah boring guna kebelakangan ini. mana busy nak study . nak final . nak spm . nak buat assignment. sebut pasal assignment . dah berlungguk lab reports aku tak submit ! haha . persetankan.

argh . hari ni study ciput je . takde mood pulak nak study lelama. benda first yang gua nak cita . kan kan kan. bila gua study je. gua rasa menyesal sambil hempuk kepala kat dinding . kenapala dulu masa spm tak study betul betul. kalau tak sekarang aku duk main salji dah. argh berangan* dak . tiap kali nak study ja. mesti duk teringat suasana permai desa . eh suasana permai bilik prep masa kat hostel dulu . pergh rancak bak hangggg!!

bila duk dalam bilik prep dulu . mana ada yang betul betul belaja. yang belaja pon yang pakai selua atas pusat . yang butang baju sampai anak tekak. yang rambut belah tengah . haha . okay tipu. takdak pon keturunan sahabat sahabat gua yang spesies macam tu. dah pupus lama kot ditelan arus pemodenan.

okay. kalau dalam bilik prep masa prep petang. tempat tula tempat paling mustajab untuk tido selain tido dorm. tido waktu petang kat dorm susah. senang kantoi. bilik prep ni jadi tempat yang paling mustajab lah untuk tido masa prep petang . ambik kusyen banyak-banyak. letak atas lantai. tido ramai-ramai. pergh heaven bhaii. tutup pintu tingkap semua. lepas tu letak notis kat luar pintu "sila hormat abang-abang senior nak spm . jangan bising . kami nak study . takdak urusan jangan masuk" . nampak tak permainan dia kat sana ? haha .kalau ada yang lagi kurang didikan. siap bawak selimut masuk bilik prep. buku tutup muka. konon tertido masa study . lepas tu bila masuk asar mula la amirul yakni exco ibadah. dia tutup kipas. ketuk meja segala bagai. buat bunyi yang sumpah annoying. kadang2 aku buat tak tau je. kadang2 buat2 nak bangun. bila dia dah pegi surau . sambung tido balik. lepastu sodorm. solat dalam dorm. lepas solat. tido balik. bangun. dengan muka mamai pegi dewan makan mintak makanan kat makcik 20 an. haha. makcik 20 an. panggil dia makcik 20 an sebab makcik ni dressing dia macam retis bak hang ! haish apa aku melalut ni. aku nak cerita pasai prep. k. ihdinasirotolmustaqim.

masa prep malam. memang qada balik la apa yang tak buat petang tadi. buat homework. tapi ada jugak yang terbabas. ada yang duk alter baju lah masa ni. duk alter seluar lah masa ni. yang paling best bila aku pernah stay up dengan kawan aku. sebab masa tu trial tak silap. peraturan pelik asrama ni. budak2 asrama tak boleh tak tido selepas pukul 1. nak study pon tak boleh. wajib tido ! ni semua sebab cikgu2 mengadu la budak asrama banyak tido dalam kelas. haa. aku dengan kawan aku nekad dah tak nak tido malam tu. sebab esoknya paper fizik. duk study dalam bilik prep. tiba2 pak guard datang. tanya kenapa tak tido lagi. dia cakap tunggu situ. pakcik nak ambik buku disiplin kat pondok pengawal. bila dia pegi ja. kami terus lari. dia perasan. dia kejar. aku lari pegi tingkat atas sekali. bawak torch light.duduk atas siling. haha sumpah best doh. main kejar-kejar dengan pak guard. bila pak guard pergi aras lain. aku kelua. dalam gelap . suluh muka pak guard dengan torch light. lepas tu lari. haha.

esoknya dah insaf. nak stay up jugak. tapi dalam stor kat dorm. bayangkan stor yang kecik tu. nak muat 4 orang. memang rasa ukhwah yang sejati la bro ! haha. okay. dah mengantuk. bye

Thursday, September 12, 2013

There is a hope for us . !

Langit cerah di bumi Penang. Moga hati kita secerah itu.
Namun, harus diingat, langit tidak selalunya cerah. Awan mendung pasti bertandang .


Begitu juga dengan hidup kita . Ada pasang surutnya . Ada suka dan duka. Ada tangis dan tawa.

Manusia mana yang tidak diuji? Ada yang mahu mendabik dada bahawa "aku tidak pernah diuji"?

Itu sombong namanya. Dan, ketahuilah mereka yang merasa tidak diuji itu sebenarnya sedang diuji. Diuji Allah dengan rasa angkuh.

Ujian itu pasti , dan atas tujuan itu kita hidup. Kita hidup untuk diuji.

Aku tahu, ujian, mehnah, tribulasi, letaklak nama apa sekalipun, itu pasti memenatkan.

Memang penat, memang letih . Dunia itu medan peperiksaan . Natijahnya, baik cemerlang atau tidak, ketahuilah keputusannya di sana kelak.

Dan, ketahuilah jiwa-jiwa yang letih, Allah tidak pernah meninggalkanmu .

Jika masih merangkak-rangkak menuju Dia, berusahalah agar bisa bertatih, berjalan dan terus berlari menuju Allah. Larilah ke dalam dakapan rahmat Allah .

Menangislah kerana, tangisan itu bisa meredakan hati. Sapulah air mata itu ke wajahmu, moga itu bisa menjadi penghalang dari api neraka.

Bersujudlah, berdoalah kerana Dia sering menantimu.

Allah, terima kasih kerna tidak pernah meninggalkan kami.

Hidup ini memang penuh dengan mehnah.

Memang penat, memang lelah!

Namun, pujuklah hati agar terus teguh

Jangan rapuh nanti kau ter"bunuh"

Kerana DIA tidak pernah zalim pada hambaNYA 

Sabarlah dalam bersabar, sabarmu itu memerlukan seribu lagi kesabaran!