Sunday, April 26, 2015

Bersabarlah Teman ...


Temanku usahlah kau berduka, Kerana esok masih ada. Binalah semula tembok yang telah mereka runtuhkan






Wahai temanku,
andai perlu kau menangis,
menangislah sepuas-puasnya
 Benar! Hakikat itu pahit.
 Biar air mata duka yang jatuh itu menjadi saksi untuk kau menghadapi hari esok
Biarkan air mata itu mengalir laju,
 Alirlah ia sepuas-puasnya
Tapi nanti,
 binalah keringatmu semula untuk menghadapinya.

 Temanku,
Janganlah kau gentar atas nama “kehilangan”
Kerana kau akan temui semula sesuatu yang dikau hilang di tempat kehilangannya
 Kau akan miliki semula sesuatu yang kau rasa di pengakhiran
Pesanku teman, kau mulakanlah hari mu itu dengan kebaikan

 Hai temanku,
 terkadang dalam persahabatan perlu ada ‘perceraian’
 Ia ibarat perkahwinan yang dibina atas dasar akad yang suci
Tapi janganlah kau sulami perceraianmu itu dengan lafaz benci
Jangan kau pendam di dalam lubuk hati mu
Sabarlah menghadapi!

Untuk temanku,
undurkanlah langkahmu untuk memiliknya
Usah kau menjadi kaca di celahan permata
Usah kau menjadi racun pada mawar yang tumbuh subur
Kenallah dikau erti bukan kepunyaanmu
Pasrah dan berserahlah tentang apa yang berlaku

No comments: