Tuesday, March 3, 2015

Bahagiakah Dengan Permusuhan ?



Salam pertemuan buat pembaca semua. Lama agaknya saya tidak mencoret titipan di dalam blog ini. Hendak kata sibuk tidak juga tetapi ada beberapa amanah yang perlu dilaksana. Alhamdulillah sudah menginjak bulan ketiga dalam tahun 2015 ini. Syukur ya pada Allah kerana kita masih diberikan kesempatan untuk merasa kehidupan di dunia ini. Sahabat, pernahkah kita sangka bahawa segala tindakan kita di dunia ini disukai oleh semua manusia? Apa sahaja yang kita lakukan disokong dan diikuti oleh mereka. Sukar untuk kita memuaskan hati orang tetapi biarlah kita lakukan itu atas keperluan kita bukan atas kehendak kita. Lumrah di dalam kehidupan sudah pasti ada yang tidak berkenan. Jangan disangka orang yang baik juga tidak ada yang membencinya bahkan menjadi orang yang baik itu lagi banyak musuhnya. Tetapi ingat jika kita menjadi baik bukan untuk membina permusuhan tetapi mencipta ikatan persaudaraan. Musuh itu kadang-kadang akan menjadi tangga untuk kita berjaya dan kadang-kadang akan menjadi sahabat kita yang paling kita cinta. Ingat sahabat yang baik akan menegur kesilapan rakannya dan membantu untuk menyelesaikan masalah rakannya itu. Bukan hanya menegur dan membuat mimik muka kasihan. Nabi juga mempunyai musuh yang ramai inikan pula kita yang hanya manusia penuh dosa. Ambillah iktibar dari sejarah Nabi bagaimana baginda memenangi hati musuh-musuhnya itu terutamanya kaum Kuffar. Jangan kita angkuh dengan apa yang kita ada kerana musuh kita senantiasa memerhatikan gerak geri kita. Untuk apa kita membangga diri andai ada yang masih membenci. Kita punya hati, akal dan fikiran untuk kita jadikan iktibar di dalam kehidupan. Sukar untuk mencari kawan yang benar-benar baik tetapi mudahkanlah dengan lakukan sebenar-benar kebaikan kepada kawan kita. Hargailah mereka dan bukan memaksa mereka untuk menghargai kita. Kuasa itu sementara, jawatan itu ada tempohnya dan penghormatan juga ada masanya. Yang kekal hanya jasa. Ingatlah baik orang kepada kita bukan baik kita kepada orang dan Ingatlah buruk kita kepada orang bukan buruk orang kepada kita.=)

No comments: