Wednesday, December 30, 2015

Wawaja Daka Thoo Lann Fahada



Kawanku..
Aku cuma nak cerita satu benda.
Setiap orang ada masalah, dan masalah setiap orang berbeza-beza. Dan, kita janganlah anggap kat dunia ni kita je ada masalah. Dan, kita janganlah anggap orang lain tak memahami kita, sebab boleh jadi, orang tu pun sedang bersedih melalui fasa-fasa susah dan ujian dalam hidup.
Kalau kita marah bila orang tak memahami kita, cuba fikir, orang yang tak faham kita atau kita yang tak faham orang lain?

Ada yang luahkan, dia di uji dengan perasaan suka berlainan jantina, walaupun dia tak nak perasaan tu hadir. Pedih. Sangat pedih. Dia bertarung hari-hari untuk lawan nafsunya, tapi amat payah, sering jatuh, bangkit, jatuh dan bangkit, kemudian jatuh lagi. Ulang dan ulang. Saya sedih, dan saya doakan agar Allah terima usahanya itu.
Ada yang luahkan, bagaimana dia dah terlanjur. Kemudian di ugut oleh si lelaki supaya teruskan perbuatan terkutuk itu, jika tidak, gambar auratnya di sebarkan di laman sosial. Ya, mungkin silap dia, kerana terlanjur. Namun, aku faham. Dia nak sangat berubah, nak kembali pada Allah, cuma dia takut, tak kuat, dia nak cuba lari, namun seolah-olah di gari. Dia menangis, dia berdoa. Namun kadang jatuh, bangkit dan jatuh. Berulang-ulang. Aku tak tahu, andai aku diuji seperti itu, aku mampu bertahan atau tidak. aku yakin, andai dia teruskan niat dan usahanya untuk taubat, Allah itu maha pengampun.
Ada yang luahkan, bagaimana keluarganya bergolak. Mak ayahnya bergaduh, memaki hamun, menjerit terpekik terlolong. Si ayah tengok porno, si ibu pula sering menjaja aib si suami. Pergaduhan itu membuatkan dirinya tertekan, sehingga rasa nak bunuh diri. Dia nak kembali pada agama, tapi dia tersilap langkah, dia memilih ganja untuk tenangkan diri. Yang mana akhirnya, dia ketagih dan terus ketagih. Namun kini, dia ingin berubah, tapi, susah, pedih, perit, ketagihan dan dosa menghantui diri. Aku yakin, andai dia tak putus asa berusaha sedikit demi sedikit untuk kembali pada Allah, Allah pasti gembira dan Allah pasti mengampunkannya.
Kawanku....
Setiap orang ada masalah-masalah. Setiap orang ada ujian dan dugaan dalam hidupnya.
Pesanan aku satu wahai kawan.
Jangan mudah judge orang. Jangan mudah bersangka buruk dengan orang. Jangan mudah pulaukan orang. Jangan mudah memburukkan orang.
Mungkin kita tak tahu, di sebalik luarannya yang kelihatan jahat, mungkin di sudut hatinya, dia sedang bertarung bertungkus lumus untuk berubah.
Setiap orang ada aib, termasuk aku. Setiap orang ada kisah silam yang hitam dan keburukan yang dia rasa malu untuk di ceritakan. Begitu juga aku.
Aku harap sangat, kita doakanlah ummah hari ini. Andai kita ditimpa ujian, diuji dengan ujian yang berat, pedih, perit dan sakit, janganlah sekali-kali menjadikan MAKSIAT sebagai penenang jiwa. Sungguh, maksiat itu akan menambahkan lagi kegelisahan, gundah-gulana, gelisah, tak tahu mana arah.
Andai kau sakit, andai hati kau pedih, andai kau perit, andai kau menangis menahan sebak di dada, andai kau rasa berat, andai kau rasa mahu putus-asa, andai kau rasa diri tak berguna, kau harus tahu wahai kawan...
Kau harus tahu bahawa..
"KAU DAN AKU ADA ALLAH...."
Allah rindu pada Kau. Allah rindu mendengar luahan, rintihan, dan tangisanmu wahai temanku.
Bila kau sedar yang kau ada Allah, walaupun kau menangis, walaupun kau sakit, walaupun kau pedih, tapi hati kau bahagia.
"Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..."
(Ar-Ra'du ayat 28)
"Jika hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya AKU DEKAT. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka MEMENUHI perintahKu, dan BERIMAN kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.."
(Albaqarah ayat 186)
Ya Allah.
Maafkan kami.
Ampunkan kami.
Kami rindu padaMu.

No comments: