Wahai wardahku yang dulu,
ku melepaskan tangkai itu bukan bermakna aku punya tangkai yang baru
ku melepaskan tangkai itu bukan bermakna aku punya tangkai yang baru
Aku mahu dikau tumbuh mekar semekar-mekarnya di jambangan taman Firdausi
Bukan kerana hatiku tidak mampu memberi rasa untukmu
Tapi kerana aku ingin dikau merasa cahaya mentari sebebas-sebebasnya
Dan merasa kesejukan hujan seenaknya
Takkan lagi aku biarkan sutera meragut tangkai daun itu
Takkan lagi ku biarkan akarmu dimamah sang lembut tanah
Wahai wardahku dulu,
kini ku yakin mengapa kita takkan bersatu
kini ku yakin mengapa kita takkan bersatu
Kerana jalan ukhwah yang kita taut dulu bukan atas keredaanNya
Bukan dari istikharah penghubungNya
Tapi dari ramuan nafsu dan mata
Aku sepi bukan bermakna untuk tidak lagi memerhati tapi untuk mengubah diri
Untuk menjadi imam buat bakal permaisuriku nanti
Yang aku doakan orang itu adalah kamu
Dan ku juga doakan moga dikau dapat persiapkan diri untuk menjadi makmum kepada aku suatu masa nanti
Wahai wardahku yang dulu,
Biarlah aku kembara sejauh-jauhnya mencari selautan ilmu tentang Dia
menghayati cinta Dia
menghayati cinta Dia
Ku yakin pada detik ini kau juga sedang berkelana mencari cinta yang sama
Moga kan pasti bertemu
Kerana semua ini sudah terakam di luh mahfuz sana
Segala yang pasti hanya dari ketentuannya
Aku doakan kita akan bertemu suatu masa nanti
untuk aku petik sebagai permaisuri
berdoalah dengan pasti
Dia pasti memberi
No comments:
Post a Comment