Kesedihan itu tidak kekal lama.
Ia akan berganti dengan kebahagiaan.
Seperti mana hujan digantikan dengan pelangi.
Allah mengetahui segalanya.
Allah mengaturkan yang lebih baik.
Didik hati sangka baik dengan Allah.
InsyaAllah Dia takkan sesekali kecewakan si kecil hati itu.
Seperti mana dilakukan manusia.
Kerana Dia lah yang mencipta diri.
Maka Dia tahu apa yang terbaik.
Redha dengan takdir yang diatur.
Kerana itulah yang terbaik buat diri.
Mana mungkin Allah tak sayang.
Mana mungkin Allah menyeksa diri.
Mana mungkin Allah kejam.
Kau yang kejam dengan diri kau sendiri.
Macam mana Allah nak bantu kau saat susah.
Kalau kau sendiri taknak bantu Allah dalam agama-Nya?
Tepuk dada tanya hati 😔
No comments:
Post a Comment