Butterflies in my pancreas :)
Tips Menghadapi Peperiksaan
Sebelum Peperiksaan :
•
Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis
kursus
•
Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
•
Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah
•
Semak soalan-soalan yang lepas
•
Jumpa dan berbincang dengan pensyarah/guru bagi mengenalpasti teknik
menjawab soalan yang dikenalpasti
•
Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara
konsisten
•
Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
•
Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa
dan kursus tepat
•
Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas
Hari Peperiksaan :
•
Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
•
Datang awal ke dewan peperiksaan
•
Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-
sama dengan rakan
•
Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
•
Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda
Semasa Peperiksaan :
•
Baca arahan dengan teliti.
•
Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
•
Baca setiap soalan dengan teliti.
•
Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
•
Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
•
Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat
memenuhi kehendak soalan.
•
Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan
pen berdawat terang (hitam)
•
Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada
soalan yang sukar
•
Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
•
Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas
jawapan
•
Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
•
Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas
peperiksaan
Selepas Peperiksaan :
•
Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas
waktu peperiksaan.
•
Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan
yang lain
•
Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
•
Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang
lain.
'Ya Allah kurniakanlah aku kejayaan di dunia dan akhirat..'
No comments:
Post a Comment