Dia seorang perempuan
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
wanita
jagalah tingkah lakumu
setiap perbuatan mu sedang diperhatikan
janganolah kau alpa akan kecantikan yang dikurniakan
janganlah kau dengan mudah menjual maruah dirimu
janganlah kau menjadikan kecantikanmu sebagai umpan untuk memperdaya lelaki
jagalah tuturkata mu wahai wanita
janganlah kau ungkapkan perkataan yang tidak sepatutnya engkau katakan
sedarlah wahai wanita
golongan mu lebih ramai di neraka kelak
golongan mu jualah yang lebih ramai di syurga kelak
hal ini membuktikan bahawa kau perlu memilih sendiri gaya hidupmu,amal mu,tindakanmu serta ibadatmu
jadilah wanita yang menghias dunia
jadilah wanita yang solehah...
errr,penat aih jiwang pagi2 buta ni
aku jiwang bukan sebab nk tunjuk bagus ke ape
ini sebagai peringatan je
kite kan selalu kene mengingati antara sesama manusia
dahla...biological clock dalam badan ni pon dh tak betol
mahu beradu dahulu
bukan perli taw,tp ingatkan je
assalamualaikum
salam peringatan,
Syamil Fitry
No comments:
Post a Comment